Wednesday, September 8, 2010

Pengaruh Budaya Shuffle Dalam Kalangan Remaja

Tarian shuffle semakin mendapat ruang dalam kalangan remaja di negara kita pada masa kini. Budaya yang semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja, malah telah menular dalam kalangan kanak-kanak seawal usia 4 tahun. Tarian shuffle ini mula menjadi popular di Malaysia pada tahan 2008 lagi. Tarian  shuffle sebenarnya bermula di Melbourne, Australia iaitu lewat 1980an lagi. Shuffle merupakan sebuah tarian gerak pantas yang diiringi muzik Tchno. Sebelum bershuffle, para shuffler akan meminum arak terlebih dahulu untuk mengkhayalkan diri mereka, ini yang berlaku di negara-negara barat. Seperti yang kita sedia maklum, shuffle adalah tarian yang sedang popular kepada remaja-remaja Malaysia sekarang ni. Seperti tarian-tarian dahulu yang popular seperti breakdance,moonwalk dan sebagainya.
Walaupun shuffle tidak sebahaya tarian breakdance yang boleh menyebabkan patah tengkuk, dikhuatiri remaja Islam terpengaruh dan terikut-ikut budaya barat yang jelas telah runtuh kualiti akhlaknya, seperti meminum minuman keras yang menghayalkan sebelum aksi  shuffle dilakukan. Kaki mereka secara automatik bergoyang apabila mendengar muzik shuffle yang ala-ala disco. Apa yang dirisaukan adalah tarian shuffle menjadikan jiwa remaja dan kanak-kanak menyintai kepada muzik dan tarian yang akhirnya menjadi "kaki clubbing" apabila mereka sudah besar nanti. Kepada para ibubapa, janganlah tidak mengambil pusing kehidupan anak-anak kita. Ambil tahu fesyen remaja yang terkini, rakan anak anda dan budaya mereka. Jangan sudah terlambat baru kita sedar.Tentu kita masih ingat kejadian pijak Al-Quran oleh kumpulan blackmetal. Ini adalah satu peristiwa yang amat mengecewakan kita selaku sebuah Negara Islam. Selain itu, aksi "terkinja-kinja" mereka dihadapan penonton dan peminat setia mengundang kepada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan yang jelas dan nyata haram disisi agama Islam. Ini secara tidak langsung mengundang perkara yang negatif seperti penzinaan, pencabulan dan sebagainya. Dengan ini, remaja akan mudah rosak dan terpengaruh dengn gejala yang negatif.
Apa yang pasti, golongan yang terlibat dengan budaya shuffle ini akan berusaha mempertahankan pandangan positif mereka mengenai budaya barat ini. Antara hujah yang sering dikemukakan, ianya adalah hanya sejenis tarian yang dapat menyihatkan badan. Namun alas an itu tidak boleh digunakan lagi kerana masih banyak aktiviti yang bermanfaat dan tidak mengundang gejala yang negative boleh dilakukan oleh para remaja antaranya seperti bermain bola, berjoging, beriadah bersama keluarga dan banyak lagi.
         Saranan saya, golongan ibu bapa perlu peka kepada keadaan semasa. Jadilah ibu-bapa yang berilmu dan bertaqwa agar mampu memainkan peranan pencorak kepada jati diri dan peribadi anak-anak agar menjadi insan yang soleh-solehah. Hal ini demikian kerana anak-anak yang soleh-solehah inilah adalah aset kita dalam mentadbir Negara kita suatu masa nanti. Kepada para remaja, sememangnya darah muda ini sering bergelora dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Namun kita perlu sedar dan sentiasa ingat bahawa hidup mempunyai had dan batasnya. Syariat jangan sampai dilangkaui dan dirempuh sesuka hati. Menempuh kehidupan yang sangat mencabar ini, tidak hanya memerlukan rakan sebaya sebagai teman, tetapi kalau mahu bahagia dan selamat hingga ke akhir hayat, bertemanlah dengan orang yaberilmu, beriman dan bertaqwa.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment