Wednesday, August 11, 2010

TEORI DAN MODEL BERKAITAN INDIVIDU DAN KUMPULAN

Teori Douglas McGregor

Teori ini menjelaskan bahawa suatu perilaku tertentu yang dapat membezakan tentang seseorang itu mempunyai sifat pemimpin dan bukan pemimpin. Douglas McGregor menggunakan teori X dan teori Y dalam buku The Human Side Enterprise di mana pemimpim sesebuah organisasi ataupun agensi mempunyai dua jenis pandangan terhadap para pegawai iaitu teori X atau yeori Y.
Antara kenyataan yang dikemukakan dalam teori ialah

Teori X ialah:

1) Tidak suka bekerja
2) Tidak menyukai kemahuan untuk bertanggungjawab, dan lebih suka diarahkan atau diperintah
3) Mempunyai kemampuan yang kecil untuk mengatasi masalah-masalah organisasi.
4) Hanya memahukan motivasi fisiologi dan keamanan saja
5) Harus diawasi secara ketat dan sering dipaksa untuk mncapai tujuan organisasi.

Untuk menyedari kelemahan dari kenyataan teori X itu, maka McGregor memberikan alternatif dalam teori lain yang dinamakan teori Y. Teori Y ini menyatakan bahawa manusia pada hakikatnya adalah tidak malas dan dapat dipercaya, tidak seperti yang dinyatakan oleh teori X. Secara keseluruhan kenyataan teori Y mengenai manusia adalah sebagai berikut:

Teori Y ialah:

1) Pekerjaan itu pada hakikatnya adalah seperti bermain dan dapat memberikan kepuasan kepada manusia. Keduanya, bekerja dan bermain merupakan aktiviti-aktiviti fizikal dan mental. Kedua-duanya adalah tidak mempunyai perbezaan.
2) Manusia dapat mengawasi diri sendiri, dan perkara hal ini tidak dapat dihindari dalam mencapai tujuan organisasi.
3) Kemampuan untuk berkreativiti didalam membuka persoalan dalam organisasi secara meluas.
4) Motivasi tidak saja berlaku pada keinginan social, dan penghargaan diri tetapi juga dapat meningkatkan keinginan fisiologi dan keamanan.
5) Manusia dapat mengendalikan diri dan kreatif dalam bekerja dan juga dimotivasi secara tepat.

Dengan memahami kenyataan teori Y ini, McGregor menyatakan selanjutnya bahawa pekerjaan merupakan tugas yang penting bagi menjamin untuk melepaskan tanggungjawab dengan memberikan kesempatan bagi mengembangkan potensi yang ada pada diri individu. Motivasi yang sesuai diperlukan bagi manusia untuk mencapai tujuannya sendiri dengan sebaik mungkin.


SUMBER :

•http://puslit.petra.ac.id/search_engine/cache/MAN/MAN000202/MAN00020203.txt
•http://blackice89.blogspot.com/2007/12/teori-x-dan-teori-y-douglas-mcgregor.html
•http://organisasi.org/definisi-pengertian-teori-perilaku-teori-x-dan-teori-y-x-y-behavior-theory-douglas-mcgregor

Wednesday, August 4, 2010

Bagaiman kefungsian sosial individu dapat menyelesaikan masalah?


Kefungsian sosial membawa maksud sebagai satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen-komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian.biasanya kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan manusia. Tanpa kefungsian sosial, kehidupan seharian manusia akan menjadi huru hara dan mungkin akan menyebabkan bencana. kefungsian sosial boleh dilihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu memberi impak kepada persekitarannya. komponen-komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian sosial itu adalah status sosial, rol sosial,kelompok sosial dan institusi sosial. Kefungsian sosial juga dilihat dalam sudut yang pelbagai dalam satu-satu masa.


Cth kes: ali ialah seorang pelajar di sebuah sekolah  tempatan.ali juga seorang perokok tegar. Ali juga mempunyai seorang bapa di kampung yang sedang tenat sakit jantung akibat terlalu kuat merokok. Di sekolah, ali mempunyai banyak rekod disiplin. Oleh kerana ali mempunyai perangai yang buruk di sekolah, ali disisihkan oleh rakan-rakannya. Kesimpulan daripada contoh di atas, kefungsian sosial individu memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Sekiranya ali masih tidak mengubah perangainya itu, ali akan terus dibenci oleh masyarakat sekeliling. Oleh itu, kefungsian sosial sememangnya memberi kesan yang besar dalam kehidupan ali. Ciri kefungsian sosial yang teratur dan berstruktur seseorang adalah berpandukan kepada individu itu sendiri. Sekiranya ali dapat mengubah perangai buruknya itu maka kefungsian sosial ali akan wujud. Selain itu, ali juga boleh menggunakan bapanya sebagai rol sosial bagi dirinya untuk tidak lagi merokok kerana tahu akan akibatnya merokok. Jika ali dapat menyelesaikan masalah ini,maka kefungsian sosial ali akan wujud dengan baik.


Rujukan:-
  • Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul. (2009).  Pengantar kerja sosial: Kefungsian sosial dalam sistem sosial. Kuala Lumpur:Utusan publications & distributors